Saturday 25 October 2014

Dinner: Kulat sisir goreng berlada

Salam semua....
Saja ja nak kongsi dinner tadi..nak jadikan cerita...semalam jenjalan kat pasar di Rantau Panjang, Kelantan..tetiba ternampak ada mak cik sorang ni duduk rehat2 sambil pegang plastik penuh dengan kulat sisir..
Apa lagi...trus la tanya harganya...katanya satu plastik yang dah ikat ni hanya rm2..lalu saya pun beli la 2 bungkus plastik disebabkan lama dah tak makan spesis kulat ni..teringin makan mengalahkan ibu mengandung.

Seperti yg kawan2 sedia maklum..kulat sisir ni didapati di kampung2 kan..? Sekarang ni dah takyah cari kat kampung..dah boleh beli ja..terkejut saya bila tanya makcik tu harganya sangatla murah jika dibandingkan dengan yg dijual di pasar malam di sekitar Sg.Petani...memang makanan di Kelantan ni sangatla murah kan? Banyak pulak tu yg dapat dengan harga rm2 tu...

Makanya...tadi ni saya mula la masak kulat ni..simple2 je...sbb lama sgt tak makan. Pecah peluh jugak la makan sbb saya goreng bersama serbuk lada hitam dan hirisan cili padi...hurmmmm...mak mentua lalu belakang pun dah tak sedar dah tau!!!

Resepi masak kulat berlada ni sangat la simple dan mudah dimasak...cepat dan sedap...hahahaha....sesekali kena puji masakan sendiri jugak. Jom tengok apa yang perlu disediakan untuk resepi kali ini..

Bahan tumisan:
1) bawang besar setengah labu - dihiris
2) bawang putih seulas - dihiris
3) cili merah - dihiris
4) ikan bilis sejemput shj
5) lada hitam - 2 sudu (ditumbuk)
6) ubi kentang dihiris kecil2

Bahan utama:
1) kulat sisir - direndam dan dibasuh hungga bersih kemudiannya ditoskan
2) garam secukup rasa

- tumis semua bahan di atas hingga naik bau dan sedikit garing
- Kemudian masukkan kulat sisir ke dalam tumisan tadi hingga kering airnya.
- apabila dah kering dan sedikit garing, masukkan hirisan cili padi untuk menambahkan ummmppphhh...��
- bagi yang tidak suka pedas, boleh kurangkan jumlah hirisan cili atau serbuk lada hitam
- garam dimasukkan untuk secukup rasa..bergantung pada selera masing2.

Taraaaa....siap untuk dihidangkan..

Malam ni dinner kami sekeluarga adalah kulat sisir goreng berlada, singgang ikan, telur dadar dan juga pencuci mulut betik muda dan jambu batu bersama serbuk asam boi....nampak simple ja..tapi makan dengan nasi panas2 pasti terangkat..

Senang dan simple, bukan?

Next menu saya akan try buat masak lemak kulat sisir pulak...so tunggu saya berblog pula untuk resepi akan datang...

Salam sayang....pada yang ingin mencuba..saya alu-alukan mencuba resepi simple ini..Alhamdulillah rezeki yg Allah bagu untuk malam ini.

Jangan lupa telan Lecithin + Omega Guard dan Alfalfa selepas dinner tau....esok kasi clear perut ni sikit..hehehe...

Izatul Nissa
SID 891423
Shaklee tetap di hatiku...

No comments:

Post a Comment

Ping.busuk.org

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to MY HEALTH SOLUTION SHOPPE
Designed by UMIESUEstudio 2015