Sunday 13 July 2014

Betulkah SHAKLEE support ISRAEL???

Bismillah...
As salam...dan selamat sejahtera semua.

Saya pasti inilah isu hangat dan panas yg sedang dibicarakan oleh semua rakyat Malaysia tambah2 pula pengguna Shaklee di Malaysia. Isu boikot adalah yang paling utama dibincangkan di serata negara. Dengan pemboikotan pelbagai produk yang menyumbang kepada negara Israel..pasti semua sudah maklum. Tambahan pula saya pasti semua teruja untuk membuat jihad kecil dengan turut sama memboikot barangan mereka..turut terkena tempias juga adalah produk McD dan juga Nestle.

Isu boikot ni memang sesuatu yang dipandang serius oleh masyarakat kita apatah lagi sekarang dengan situasi Israel laknatullah menyerang Tanah Gaza terutama anak kecil yang tak berdosa dan kaum wanita turut menjadi mangsa ratahan Israel.

Sebelum kita boikot harus difahami adalah adakah kita perlu boikot semua produk yang asalnya dari yahudi atau US  (dimana ia negara yang menyokong Israel) atau kita mesti boikot mana-mana syarikat yang menyumbang pada Israel. Kena betul-betul fahami antara yang menyumbang dengan tidak. Kita tidak boikot sebarang syarikat melainkan dia menyumbang pada Israel hatta kalau dia adalah syarikat Islam sekalipun jika dia menyumbang pada Israel dan ia berhak diboikot. Isunya boikot pada penyumbang, bukan pada keseluruhan negara yang kita anggap menyumbang.
 
Saya mengambil informasi dari upline saya mengenai topik ini...thanks to Ummu Ziyad dan Wan Fatihanum yang banyak bg penjelasan tentang isu ini. Antara yang kami bincangkan ini saya telah salurkan di sini untuk makluman semua. Di antaranya adalah: 

Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?
Begini, jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatkala itu barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.

Faktanya di sini...sangat terang bahawa: 

Shaklee TIDAK MENYUMBANG kepada Israel.
Isu yang tersebar di laman sosial sekarang ni adalah ada pengedar Shaklee (tertulis Keneseth Israel) di luar negara yang adakan fund khas hasil jualannya untuk menyumbang kepada Israel, itu adalah sepenuhnya SUMBANGAN INDIVIDU. Shaklee LANGSUNG TIADA SHARE dengan Israel laknatullah.
ini yang terdapat dalam website Keneseth Israel, bukan website Shaklee Corporation


Jangan lah cepat melatah, Keneseth Israel ini bukan tuan punya Shaklee dan dia menyumbang pada Israel pun atas sumbangan individu. Bukannya mewakili company Shaklee itu sendiri. Ini adalah fakta bukan auta yer.....

Bonus pengedar semua adalah HAK MUTLAK pengedar tersebut.
Seperti pengedar Shaklee yg beragama Islam yang nak salurkan semua hasil jualan Shaklee mahupun wang bonusnya untuk Palestine, Shaklee tak boleh nak halang.
Akan tetapi, jika sumber atau hasil bonus kita itu disalurkan ke yahudi untuk memerangi Islam barula dikira haram, maka orang ramai boleh boikot pada pengedar tersebut, bukannya pada Shaklee sebabnya tiada penglibatan Shaklee di sini. 

Alhamdulillah, saya sayangkan bumi Palestin. Begitu juga dengan semua umat Islam di dunia ini. Jom sama-sama kita kembangkan ekonomi kita dengan membantu Palestin dengan doa dan juga sumbangan kita dari segi ekonomi Palestin. Allahuakbar!!! Janji Allah itu pasti.....

Pengertian mengenai boikot ini juga boleh didapati dari penerangan Aqsa Syariff tentang boikot FB. 

Anda betul nak boikot?

Credit to Ummu Ziyad dan Wan Fatihanum atas info yang sangat jelas...

Monday 7 July 2014

Demam Denggi Merbahaya

BISMILLAH...

Hari selasa di bulan Ramadhan yang penuh barakah...moga2 ibadat kita diterima ALLAH.

Mari kenali Punca dan tanda Demam Denggi serta rawatan dan langkah pencegahannya.

Apakah itu Demam Denggi?
Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus denggi( germs flavirines ) yg disebabkan oleh nyamuk aedes betina.
Virus denggi akan berada di dalam badan pesakit selama 3-4 hari ( purata 4 hingga 6 hari ) sebelum menunjukkan tanda tanda pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan tanda lain.

Antara punca Demam Denggi adalah:

1- parit dan longkang di sekitar taman yang dipenuhi sampah, timbunan tanah dan rumput2 panjang. Ini menyebabkan ada air yg bertakung dan boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
2- sikap segelintir penduduk yang mengabaikan aspek kebersihan termasuk membiarkan air bertakung sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dikenali pasti antara punca peningkatan kes denggi

Berikut adalah simptomnya :-
- cirit birit
- demam dan gatal gatal
- sakit bahagian belakang biji mata
- sakit kepala yang teruk
- sakit otot dan sendi yang teruk
- sakit perut
- sakit pingang yg teruk

Denggi pada bayi dan kanak2 yang masih kecil selalunya bermula dengan simptoms2 penyakit virus
- demam
- hidung berair
- batuk
- ruam kulit yg ringan

Kanak2 yg lebih besar selalunya mengalami simptom tipikal sama seperti yang dialami oleh orang dewasa
- demam panas
- sakit di bahagian belakang
- mata dan pada sendi badan
- sakit kepala
- ruam kulit bertompok merah dan putih.
- kurang selera makan
- loya
- muntah
- gatal ditapak kaki
- rasa sgt lemah semasa menghidapi penyakit dan juga lemah selepas sembuh.

Secara klinikal bilangan sel darah pembeku ( platelet ) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah kedalam tisu. Perantara atau ruang ketiga ( throid space loss peritoneum dan sbg nya) sebabnya kapilari darah menjadi rapuh ( capillary fragility ).

Setakat ini tiada rawatan yg spesifik yg membunuh virus denggi ( rawatan demam denggi ).

Rawatan yg diberi adalah untuk menstabil pesakit bergantung kpd keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam ( suhu badan ) dan mengelakkan dari pendarahan berlaku. Rawatan demam denggi berdarah adalah demam yg sgt panas ,kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi.

Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yg sgt panas meningkatkan risiko terjadinya sawan. Oleh itu demam patut dikawal dengan antipirentik. Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dpt dikesan awal.

Kebanyakan nyamuk dan serangga memasuki rumah anda pada waktu fajar dan senja. Jadi pastikan semua tingkap dan pintu telah ditutup ketika waktu itu. Jika anda perlu menggunakan lingkaran elektrik, mat atau pengewap cecair untuk menghalang kemasukkan serangga dan haiwan perosak ke dalam bilik. Pastikan semua ini dimatikan sebelum bayi anda masuk ke bilik.

Langkah pencegahan lain termasuklah:-

- Pakaikan anak anda dengan baju berlengan panjang dan seluar panjang terutamanya apabila dia ketaman atau taman perumahan.
- pakaian berwarna cerah juga adalah lebih baik drpd pakaian berwarna gelap.
- pasang jaringan nyamuk pd tingkap.
- gunakan krim dan penyembur berasaskan minyak serai wangi atau penghalau nyamuk jenis herba.
- bayi yg lebih kecil dan tidak boleh meniarap lagi boleh diletakkan didlm kelambu semasa tidur, penghawa dingin juga blh membantu menghalang nyamuk kerana pintu dan tingkap akan ditutup.

Sumber artikel: ♡♡♡Kementerian Kesihatan Malaysia

Tips Pemakanan sepanjang bulan puasa

Bismillah....

Seawal pagi ni...sesaja sesuka nak kongsi sedikit ilmu yang diperolehi dari Jabatan Kesihatan..moga2 bermanfaat untuk semua pembaca blog saya ni...

Bagaimanakah corak pemakanan yang baik yang dapat dipraktikkan ketika berpuasa di bulan Ramadhan? Rahsia kepada jawapan ini terletak kepada “keperluan tubuh badan”. 

Ketika bersahur, kita memerlukan sesuatu yang perlahan dan lambat untuk dicerna untuk kegunaan tubuh badan sepanjang tempoh lebih 12 jam berpuasa, manakala ketika berbuka kita memerlukan sesuatu yang cepat untuk dicerna untuk keperluan tenaga segera.

Sahur

Dapatkan makanan yang tinggi kandungan seratnya kerana serat merupakan kunci yang melambatkan pencernaan makanan. Makanan berserat juga akan menahan insulin, iaitu hormon yang bertindak membawa masuk glukosa ke dalam sel, daripada dirembeskan terlalu cepat dan banyak. Ini menstabilkan proses penghadaman secara keseluruhan.

Selain itu, pengambilan karbohidrat kompleks ketika bersahur adalah amat disyorkan. Bergantung kepada kuantiti yang diambil, karbohidrat kompleks mengambil masa kira-kira 8 jam untuk dicernakan sepenuhnya. Sertakan juga dengan pengambilan protein kerana struktur protein yang lebih kompleks akan melambatkan lagi proses pencernaan. 

Pilihlah protein yang rendah Biological value (BV) kerana lebih rendah nilai BV, maka lebih lambat protein itu diguna pakai oleh badan. Antara yang disyorkan ialah Ikan (83), Daging (80), Ayam (79), Casein (80), Soya (74) dan kekacang (49).

Akhir sekali, pastikan jumlah pengambilan air adalah mencukupi. Ini kerana keletihan utama ketika berpuasa adalah disebabkan oleh kurangnya air dalam badan dan bukannya disebabkan perut terasa lapar atau tak cukup makan (melainkan anda memang tak sahur pada awal pagi tersebut). 

Berapa banyak yang diperlukan?

Minumlah 3-5 gelas air, diagih secara berperingkat dari awal sahur, hinggalah ke akhir sahur. 

Elakkan daripada mengambil garam berlebihan dalam makanan atau minum kopi (kafein) ketika bersahur kerana ia bersifat diuretic – bermaksud tubuh akan lebih cenderung/kerap untuk menyingkirkan air daripada badan menerusi air kencing, sekaligus anda mudah berasa dahaga ketika berpuasa.

Berbuka Puasa

Selepas niat berbuka puasa, mulakanlah dengan karbohidrat ringkas seperti segelas minuman manis dan beberapa biji kurma. Bagi mereka yang sedang dalam proses membina badan, atau dalam proses menurunkan berat badan, tetapi hendak memelihara otot sebanyak yang mungkin, bolehlah diambil satu hidangan whey protein bersama beberapa biji kurma (atau buah-buahan lain seperti pisang atau betik).

Elakkan makan makanan yang berat secara menerus kerana pada ketika ini badan berada pada fasa yang dikenali sebagai “Insulin Spike“, memandangkan paras glukosa dan insulin dalam darah sebelum ini adalah rendah dek kerana berpuasa. Ketika fasa ini, insulin akan dirembeskan dengan mendadak pada kadar yang banyak, untuk membantu transportasi glukosa ke dalam sel. Ini mengakibatkan paras glukosa dalam darah jatuh kembali dengan mendadak, dan otak akan mula berfikir bahawa badan kekurangan sumber glukosa, sekaligus memberikan isyarat bahawa tubuh badan masih lapar dan memerlukan lebih makanan; ini akan mengakibatkan anda makan secara berlebihan kelak.

Beri masa kepada perut untuk ‘warm up‘, dan gunakan tempoh transisi yang ada untuk menunaikan solat maghrib terlebih dahulu sebelum mencernakan sesuatu yang lebih berat, terutamanya makanan berminyak. Jangan dilupa juga 2-3 gelas air masak (atau air manis, jika kurma tidak diambil) untuk memastikan sel di dalam badan dihidratkan semula.

Credit: Blog tulisan kevinzahri


Sunday 6 July 2014

Letih merupakan tanda awal sakit jantung

Bismillahirrahmannirahim...

Assalamualaikum semua...

Lama tak berblog di sini akibat kekangan masa kerja..tapi jangan risau. Saya ada beberapa info terbaru mengenai kesihatan untuk panduan kita bersama.

"Saya sering berasa letih..."

Pernahkah anda semua mengucapkan kata2 sedemikian? Termasuk saya sendiri..saya sering berasa letih tambahan sekarang ni terpaksa menguruskan 2 kompleks pusat membeli belah Giant yang berjauhan antara satu dgn yang lain,sudah pasti keletihan menjadi tajuk yg paling besar dalam hidup saya...

Jom kenali tanda awal ini...

Menurut perunding kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Haizan..gaya hidup masa kini membuatkan masyarakat mudah letih. Seharusnya hal ini perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh menjadi signal awal iaitu bakal berhadapan dengan serangan jantung!

Golongan wanita juga tidak terkecuali dengan serangan ini tapi menurutnya ia lebih lambat dari lelaki kerana wanita dilindungi hormon estrogen ketika masih subur dan berupaya mengelakkan diserang penyakit ini.

Kebas-kebas di sesetengah bahagian badan juga merupakan salah satu tanda awal. Tapi kita ni yang memandang ringan akan tanda2 ini.

Sakit dada @ Angina adalah juga tanda amaran awal serangan jantung. Tanda seperti himpitan dada secara mendadak kemudian merebak ke bahagian lengan. Ini adalah kerana jantung kita mengalami kekurangan oksigen.

Antara tanda awal serangan jantung adalah:


☆sakit dada
☆sesak nafas
☆pening kepala
☆jantung berdebar

Kita disarankan untuk makan makanan berasakan fiber iaitu berserat tinggi. Ini adalah untuk menyerap sebahagian lemak dan kolestrol sekaligus mengurangkan paras kolestrol dalam badan.

Shaklee juga mengeluarkan produk yang sangat bagus untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan jantung. Produk ini sangat bagus untuk mereka yang ingin mengurangkan paras kolestrol dalam badan.

Jika anda ingin mencubanya..

Silalah telefon atau whatsapp saya @ 0125716448.

Penghantaran melalui poslaju di seluruh Malaysia..COD area sungai petani dan kulim ye...

*sumber info dari majalah I-Sihat keluaran July 2014.

Ping.busuk.org

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to MY HEALTH SOLUTION SHOPPE
Designed by UMIESUEstudio 2015