Sunday 13 July 2014

Betulkah SHAKLEE support ISRAEL???

Bismillah...
As salam...dan selamat sejahtera semua.

Saya pasti inilah isu hangat dan panas yg sedang dibicarakan oleh semua rakyat Malaysia tambah2 pula pengguna Shaklee di Malaysia. Isu boikot adalah yang paling utama dibincangkan di serata negara. Dengan pemboikotan pelbagai produk yang menyumbang kepada negara Israel..pasti semua sudah maklum. Tambahan pula saya pasti semua teruja untuk membuat jihad kecil dengan turut sama memboikot barangan mereka..turut terkena tempias juga adalah produk McD dan juga Nestle.

Isu boikot ni memang sesuatu yang dipandang serius oleh masyarakat kita apatah lagi sekarang dengan situasi Israel laknatullah menyerang Tanah Gaza terutama anak kecil yang tak berdosa dan kaum wanita turut menjadi mangsa ratahan Israel.

Sebelum kita boikot harus difahami adalah adakah kita perlu boikot semua produk yang asalnya dari yahudi atau US  (dimana ia negara yang menyokong Israel) atau kita mesti boikot mana-mana syarikat yang menyumbang pada Israel. Kena betul-betul fahami antara yang menyumbang dengan tidak. Kita tidak boikot sebarang syarikat melainkan dia menyumbang pada Israel hatta kalau dia adalah syarikat Islam sekalipun jika dia menyumbang pada Israel dan ia berhak diboikot. Isunya boikot pada penyumbang, bukan pada keseluruhan negara yang kita anggap menyumbang.
 
Saya mengambil informasi dari upline saya mengenai topik ini...thanks to Ummu Ziyad dan Wan Fatihanum yang banyak bg penjelasan tentang isu ini. Antara yang kami bincangkan ini saya telah salurkan di sini untuk makluman semua. Di antaranya adalah: 

Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?
Begini, jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatkala itu barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.

Faktanya di sini...sangat terang bahawa: 

Shaklee TIDAK MENYUMBANG kepada Israel.
Isu yang tersebar di laman sosial sekarang ni adalah ada pengedar Shaklee (tertulis Keneseth Israel) di luar negara yang adakan fund khas hasil jualannya untuk menyumbang kepada Israel, itu adalah sepenuhnya SUMBANGAN INDIVIDU. Shaklee LANGSUNG TIADA SHARE dengan Israel laknatullah.
ini yang terdapat dalam website Keneseth Israel, bukan website Shaklee Corporation


Jangan lah cepat melatah, Keneseth Israel ini bukan tuan punya Shaklee dan dia menyumbang pada Israel pun atas sumbangan individu. Bukannya mewakili company Shaklee itu sendiri. Ini adalah fakta bukan auta yer.....

Bonus pengedar semua adalah HAK MUTLAK pengedar tersebut.
Seperti pengedar Shaklee yg beragama Islam yang nak salurkan semua hasil jualan Shaklee mahupun wang bonusnya untuk Palestine, Shaklee tak boleh nak halang.
Akan tetapi, jika sumber atau hasil bonus kita itu disalurkan ke yahudi untuk memerangi Islam barula dikira haram, maka orang ramai boleh boikot pada pengedar tersebut, bukannya pada Shaklee sebabnya tiada penglibatan Shaklee di sini. 

Alhamdulillah, saya sayangkan bumi Palestin. Begitu juga dengan semua umat Islam di dunia ini. Jom sama-sama kita kembangkan ekonomi kita dengan membantu Palestin dengan doa dan juga sumbangan kita dari segi ekonomi Palestin. Allahuakbar!!! Janji Allah itu pasti.....

Pengertian mengenai boikot ini juga boleh didapati dari penerangan Aqsa Syariff tentang boikot FB. 

Anda betul nak boikot?

Credit to Ummu Ziyad dan Wan Fatihanum atas info yang sangat jelas...

No comments:

Post a Comment

Ping.busuk.org

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to MY HEALTH SOLUTION SHOPPE
Designed by UMIESUEstudio 2015