Monday 23 June 2014

Ibu hamil dan puasa Ramadhan

Bismillah...

As salam dan selamat sejahtera pembaca2 semua... Bulan rahmat - Ramadhan dah semakin hampir dengan kita. Bagaimana persediaan ibu-ibu hamil untuk menghadapi bulan puasa ini?

Bagi ibu-ibu yang pertama kali mengandung mesti rasa keliru dan tertanya2 bagaimana untuk menghadapi puasa kali ini...

Jangan risau..

Jangan cepat melatah...Sebenarnya emosi dan pengambilan makanan sewaktu bersahur sangat penting dalam mempengaruhi keadaan kita dlm menguruskan puasa semasa bulan Ramadhan.

♡♡♡Apakah yang anda perlu diambil kira  semasa berpuasa dan apakah yang perlu diambil kira?

♧Semasa hamil ini..kita kena ambil kira perubahan pergerakan bayi di dalam perut kita.
♧Bayi yang aktif bergerak lebih dari 10 kali dalam masa 12 jam. Jika kita berasa bayi kurang bergerak, maka segeralah beritahu nurse atau doktor.
♧Semestinya kita kenalah pantau perubahan berat badan samada makin naik atau turun.
♧Adakah anda berasa amat dahaga, letih dan tidak bermaya, air kencing pekat dan berbau kuat?
♧Adakah anda mengalami kontraksi?
♧Adakah badan kita terhidrasi?

Dihidrasi boleh menyebabkan ‘premature contractions’ dan kelahiran pramatang. Walaupun selepas berehat, ibu hamil  masih lagi mengalami kelesuan, pitam dan pening.

♧Meloya dan muntah.
Minta nasihat doktor jika masih berterusan muntah krn ia boleh menyebabkan berat badan menurun dan juga akibatnya zat makanan tidak dpt disalurkan untuk bayi dlm kandungan tersebut.

Anda juga boleh mencuba set kehamilan Shaklee yg sangat mampu milik ini...sangat bagus dalam memberikan zat tambahan pd si ibu dan bayi yg tersayang...

Jom cuba...anda boleh hubungi saya IZATUL NISSA @ 012-5716448 untuk mendapatkannya.. Poslaju diuruskan ke seluruh Malaysia tau!!

♡Cod seluruh sungai petani♡

Ibu dan bayi insyaallah sihat dengan Shaklee....

##Jangan lupa berdoa untuk diri sendiri dan si kecil supaya sihat dan selamat melalui proses kelahiran...Moga Allah mudahkan urusan puan2 semua...ameen.

PETUA ORANG DULU-DULU

BISMILLAH....

Lama dah saya tak update blog ni.

Petang saja2 dan suka2 nak kongsi pasal petua org dulu2..Bukan apa, kekadang petua ini berguna juga. Ada yang menjadi..dan ada yang kurang berjaya. Jom tengok apakah petua itu?

Masalah SEMUT
Semut benci timun..letakkan kulit timun brdekatan lobang atau sarang semut atau di mana bnyak semut.     
          

Mengilatkan cermin
Untuk mengilatkan cermin cuci lah dgn sprite (minuman Sprite)

Kesan chewing gum
Sebelum menanggalkan chewing gum yg melekat pada baju..masukkan bju tersebut ke dalam freezer simpan selama 1jam..     

PUTIHKAN BAJU
Untuk memutihkan baju putih..rendam dgn hirisan lemon selama 10 minit                                                                                                                

RAMBUT BERSERI2
Untuk rambut nampak berseri..bubuh 1sudu teh cuka makan sapu rata di bahagian atas rambut..kemudian teruslah cuci..           
                                                                                                                
BANYAKKAN JUS LIMAU
Untuk membanyakkan juice lemon..rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam

HILANGKAN BAU
Untuk menghindarkan bau busuk pd sampah di dapur letakkan sekeping roti ketika kita memasak

                                                              
BAJU KENA DAKWAT
Kalau baju terkena dakwat untuk menghilangkannya..sapu ubat gigi pada tempat yg terkena dakwat itu biarkan ubat gigi tersebut dan kemudian cuci.

HINDAR TIKUS
Untuk menghindarkan tikus..taburkan serbuk lada hitam di mana ia selalu ada..maka tikus lari dari tempat itu.  

Betul atau tak petua ni...bolehla cuba bersama2. Saya pun dapat petua ni dari "group whatsapp" saya baru2 ini...

Tak rugi pun mencuba kan?

Photo ini saya share untuk panduan anda dalam menghadapi musim kering ini...

Sharing is caring!!! Jom share...

Friday 20 June 2014

Kenali ALFALFA..tak kenal maka tak cinta

Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Oleh sebab Alfalfa mempunyai banyak kebaikkan kepada wanita, lelaki dan kanak-kanak.

KEBAIKAN ALFALFA
Nilai pemakanan Alflfa adalah kaya dengan vitamin dan mineral yang lengkap.Vitamin yang terkandung dalam Alfalfa adalah vitamin A, THIAMINE (VITAMIN B1), riboflavin (vitamin B2), Niasin (vitamin B3), vitamin B5, VITAMIN b6,vITAMIN C, VITAMIN d dan Vitamin K. Ia juga kaya dengan mineral (Kalsium , magnesium dan zat besi), asid amino, antioksidan, enzim yang membantu penghadaman dan penyerapan nutrien, Disamping itu, keupayaan anti radang membantu mempercepatkan penyembuhan jangkitan dalaman, melegakan kepanasan dalaman, diuretik ringan, membuang toksin dan mengalakkan pembaikan dan pembaharuan sel-sel badan.
Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protein, dan karbohidrat.
Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah

20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan

1. Merawat gangguan pencernaan
2. Mengawal kolestrol dalam darah
3. Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5. Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6. Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7. Mengurangkan simptom menopous
8. Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9. Merawat masalah sembelit
10. Menyahkan toksik dalam tubuh
11. Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13. Membantu masalah penghadaman
14. Membantu memperbanyakkan susu ibu
15. Mengurangkan masalah pundi kencing
16. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17. Meningkatkan kesihatan prostat
18. Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19. Menghangatkan hubungan suami isteri
20. Membantu tingkatkan kesihatan lelaki
Alfalfa tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan. Membersihkan hati, Membantu melengkapakan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang.

Thursday 12 June 2014

PENGALAMAN DAN TIPS PENYUSUAN IBU UNTUK WANITA BEKERJAYA

BISMILLAH....

Berikut disertakan beberapa panduan daripada pandangan dan pengalaman saya untuk anda sebagai wanita 'supermak' yang sangat sibuk dalam urusan kerja dalam masa yang sama tidak mengabaikan penyusuan ibu sama seperti wanita surirumah yang lain...Moga kita semua (termasuk saya) ini dapat beroleh manfaat yang sebaik2nya...

Antara panduannya adalah:

1. Harus Pam susu anda dengan berkala * Jangan culas tau!

Bagi yang berkemampua, anda boleh membeli pam susu yang branded dan berkualiti tinggi. Saya tidak mahu mengesyorkan brand apa....anda seharusnya tentukan berdasarkan bajet anda. Sebab tidak semua orang mampu beli pam susu berharga ribuan ringgit.
Bawaklah pam susu tersebut ke ofis di mana sesetengah ofis menyediakan pantri khas untuk staff. Jika tidak ada, anda boleh ke surau untuk pam susu anda.
Lagi satu, memanglah nampak merimaskan kena bawak ke hulu dan ke hilir, insyaallah pengorbanan anda akan dibayar setimpalnya oleh ALllah....
Bagi yang rasa lebih senang gunakan teknik picitan payudara..atau perahan sendiri *teknik marmet tak salahnya,kan? Amatlah senang sekali...yang penting azam mesti ada tau...Insyaallah jika fikirkan tentang bayi kita sendiri, bayangkan yang indah dan gembira...makanya penghasilan susu akan bertambah baik..

Jangan stress tau....


2. Sediakan dan bawak bersama bekas penyimpan susu.

Mengikut pengalaman saya, saya lebih suka simpan di dalam botol yang boleh digunakan terus untuk bayi. Sesetengah orang pula, mereka lebih suka simpan dalam plastik penyimpan susu yang mana sangat popular sekarang ni. Beg plastik tersebut dapat menjimat ruang penyimpanan dalam peti sejuk anda nanti tau.
Cubalah!!!


3. Beg penyejuk dan juga gel penyejuk.

Penggunaan beg dan gel penyejuk dapat mengekalkan ketahanan susu dengan lebih lama lagi...tapi penyimpanan dalam peti ais adalah lebih lama dan lebih tahan lagi.


4. Bra menyusu

Ianya tidaklah terlalu penting, hanya bila difikirkan perlu sahaja dan bergantung pada bajet anda.


Tips penting membantu proses perahan/pam susu sehinggalah penyimpanan stok susu


  • disarankan untuk membuat stok susu sebulan lebih awal sebelum "naik kerja".
  • kumpullah stok susu sejak dalam pantang lagi dan ia boleh membuatkan anda terbiasa dengan tabiat ini.Tabiat yang baik ini sangat2 dituntut dalam agama tau....
  • SI IBU dinasihatkan untuk menjaga pemakanan untuk mengelakkan anak menyusu tadi tidak terkesan oleh sebab pemakanan kita sbbnya kita adalah apa yang kita makan...maka anak yang menyusu akan turut sama kena tempias jika kita sakit seperti cirit birit, pengambilan ubat-ubatan atau juga herba tradisional. Jagalah pemakanan anda jika anda kasihan anak anda tu ye....kalo kita makan makanan yang berangin, nanti anak akan kembung perut pulak....kesian anak tu kan?
  • susu yang disimpan boleh diguna dan selalu di-top up mengikut demand anak. Selalunya susu disimpan dalam deep freezer. Anda adalah ibu..anda tahu bagaiman demand anak anda!!! disebabkan setiap anak adalah berbeza dari segi keperluannya, maka anda kenalah berlatih untuk tetapkan hati mengepam atau merah susu mengikut jadual.
  • Pam susu setiap 2-3 jam sekali atau lebih kerap bila dirasakan perlu. tetapi amalkan setiap 2 jam tu wajib perah atau pam susu walaupun hanya mampu keluarkan sedikit sahaja.
  • Stok susu tersebut boleh dibawa ke nursery anak anda dan ia dapat menggalakkan anak anda minum hanya susu ibu...Ajari pengasuh anak anda tentang pemberian susu dan cara-cara untuk memberikan stok susu kepada anak anda. Bukan apa, sesetengah pengasuh ni terutama yang tiada latihah khusus mungkin akan sedikit keliru dan tersalah beri..
  • stok susu yang diperah atau dipam di ofis hendaklah disimpan dalam keadaan suhu yang sesuai untuk mengelakkan susu tersebut tercemar oleh haba atau keadaan sekeliling.
  • Bawa balik perahan susu tadi iaitu ianya disimpan dalam beg penyejuk yang mengandungi gel sejuk atau ais.
  • Yang penting si ibu kena rajin sikit dari orang lain...hehehehe.

Yang perlu ditegaskan di sini, suami juga perlu memainkan peranan di sini di mana, emosi si ibu akan menjadi lebih baik dan positif jika mempunyai rangsangan dan kata-kata semangat positif dari suami dan keluarganya sendiri..Elakkan dari bergaduh, bertengkar seterusnya membuat penghasilan susu merudum dengan teruk. Ia amatlah penting untuk terus fikir yang positif,,terutama apabila merenung muka bayi anda yang tidak berdosa itu....Banyangkan anda sedang merenung ahli syurga!!!

Insyaallah tenang sekali bukan? Dalam keadaan menyusu, mainkan lagu-lagu yang tenang dan juga lagu nasyid terutama ZIKIR dan Selawat Nabi kita....

Insyaallah, saya doakan anda semua berjaya dalam menjalani proses penyusuan susu ibu selama 2 tahun walaupun bukan secara esklusif. Besar pahalanya bagi ibu2 yang ada azam dan usaha ini....tambah-tambah ibu yang menpunyai kerjaya di mana masa bersama bayi anda amatlah terbatas.

Tips yang saya beri ini moga memberi manfaat ye...mohon maaf di atas apa jua kekurangan dan panduan dalam penulisan kali ini.
Insyaallah....teruskan usaha anda!!!


Nukilan seorang ibu,

IZATUL NISSA


Wednesday 4 June 2014

Menyusu badan dan doa khas utk wanita

Bismillah....

Jom selit doa ini..moga dapat keberkatan untuk mengekalkan dan memperbanyakkan penghasilan susu ibu...

INSYAALLAH.....

Nikmat menysusukan bayi sendiri adalah terlalu besar bagi seorang ibu. saya sendiri gagal menyusukan anak sulung saya sendiri kerana tidak cukup ilmu si samping tidak memahami konsep penyusuan susu ibu itu sendiri. setelah itu, saya tekad untuk menyusukan bayi ke 2 saya setelah mengetahui bahawa saya kembali mengandungi seawal usia bayi pertama 2 bulan sahaja. Allah izinkan saya untuik menyusukan anak ke 2 saya dengan susu saya sendiri dan saya sangat teruja dengan nikmat itu. Bayangkanlah, saya menggalas beg pam susu ke amna saja..ke pejabat..walaupun outstation selama 3 hari setiap bulan..iye la..saya akan ke meeting di Shah Alam setiap bulan....Mengumpul susu EBM pula macam hobi. Bukanla terlalu banyak susu dihasilkan tapi saya bangga kerana anak ke 2 saya menyusu badan...

What a great life!!!!

Pada tulisan akan datang saya kan kupas lagi bagaima kita boleh merangsang penghasilan susu ibu.

Moga-moga ianya bermanfaat kepada kita terutama ibu-ibu muda yang baru menjinakkan diri dalam jihad menyusu anak. Kaum bapa juga jangan ketinggalan untuk mengutip ilmu mengenai penyusuan ibu ini. Saling memahami..saling menyayangi..saling melengkapi..itu yang paling utama. 

Moga kaum adam yang menyaksikan sendiri isteri-isteri anda menyusukan zuriat sendiri ini mampu mengubah kehiduapan anda ke arah yang lebih positif...semuanya dengan izin Allah. 


Coret rasa 
Izatul Nissa
04hb Jun 2014



Monday 2 June 2014

10 Khasiat Vitamin E untuk kita

BISMILLAH....

Assalamualaikum...salam sejahtera...

BULAN JUN adalah BULAN VITAMIN E @ VITAMIN CINTA....hehehehe...menarik bukan?? Kenapa saya kata ianya vitamin cinta???...Apa rahsianya....???? Apa yg best tentang vitamin E Complex Shaklee ni...

Mai saya nk kupas sikit setakat pengetahuan saya la ye....yg selebihnya kita blh tanya dgn cik google kita...♡♡♡

Ada byk kebaikan dan keistimewaannya.. nak tahu??? Jom sambung baca....

☆vitamin ini melambatkan proses penuaan..suka kan???baca pun sambil senyum kan....ia boleh membuatkan pengamalnya nmpak muda je...
☆Ia memperbaiki peredaran darah yang mana penting untuk memperbaiki tisu dan sgt berguna dlm merawat sindrom PMS...pada mereka yg alami senggugut yg teruk..memang ptut amalkan...tak cuba maka tak tahu...
☆mengurangkan parut yg diakibatkan oleh kecederaan...
☆meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita...bg lelaki pula ia boleh menambahkan pengeluaran air mani..terutama bg mereka yg alami low sperm count...
☆dikenali vitamin cinta iaitu meningkatkan keinginan seksual suami isteri
☆kajian menunjukkan bahawa pengambilan vit ini secara berterusan selama seminggu akan mengalami tenaga seksual yg lebih baik..libido lebih kuat dan kurang stress dlm kehidupan seharian.
☆vitamin ini membuatkan kita nmpak lg muda di mana kulit dilindungi dr sinar uv iaitu penyebab jeragat ..kedutan dan kanser kulit
☆mengurangkan sindrom PMS dan pre-menopos
~ moody..kekejangan...sakit kepala.. depresi dsb.
☆membantu menghasilkan hormon estrogen utk lelaki dan menyeimbangkan horomon progestron pd wanita.
☆vitamin e menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat cantik dan lebat

Jgn tak tahu yg Vitamin E ni mampu mengawal keinginan..tarikan dan mood seks anda atau pasangan anda tau!!!

Berminat nk cuba?
Saya merupakan pengedar sah Shaklee di negeri Kedah. Jika anda nk dapatkannya, sila telefon / whatsapp @ telegram pd saya sepanjang hari.. 0125716448

Saya juga mengalu alukan penyertaan anda sebagai ahli di bawah saya pada bila2 masa...jom tunggu apa lg...

Cheers,

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
IZATUL NISSA BINTI AB.HALIM
0125716448
Facebook: Izatul Nissa

Poslaju seluruh negara...COD area Sungai Petani..Pdg Serai hingga Kulim

Cuti-cuti keluarga ke Bukit Bendera 20.05.2014

Bismillah....

Pada cuti yang lepas iaitu pada 20hb May 2014, terasa teringin nk bawak anak-anak jalan2. Ntah kenapa lokasi yang diplih kali ni adalah BUKIT BENDERA @ PENANG HILL di Pulau Pinang.

Saja nak share kat sini padahal bukan melancong ke tempat hebat pun. Sejak 2 menjak ni anakku yang sulung mintak nak naik keretapi..Alahai, mana la mama nak cari? So ganti dengan train Bukit Bendera la nampak gayanya.


Lovely together tau!



Anak2 abah excited sgt!
Sedikit intro pasal Bukit Bendera ni, Bukit bendera atau Penang Hill memang sudah terkenal sebagai salah satu destinasi bersejarah dan boleh dikatakan lagenda di tanahair Malaysia ini. Ketinggiannya mencecah 830 meter di atas pekan Georgetown. Ia merupakan salah satu destinasi popular di kalangan pelancong asing mahupun tempatan. Memang betul, aku naik sini memang nampak 70% adalah di kalangan pelancong asing saja. Maknanya memangla tempat ni adalah satu tarikan pelancong ke bumi Malaysia.

So dengan kata lain, marilah kita melancong di dalam negara sebabnya banyak tempat di Malaysia ini yang sgt cantik dan menarik. Aku cuma teringin bawak anak2 ke negeri Sabah ataupun Sarawak pula kot selepas ni. Insyaallah......

adik dan kakak kata syok naik kuda keras!


Lihatlah anak2 aku sangat gembira di sini...Walaupun hanya 1 jam duduk di atas puncak bukit ni, tapi memang rasa enjoy. Enjoy sebab tak bersesak2 ke sini kerana hari tersebut adalah hari bekerja *weekdays.
Lepas ni jomla melawat sini lagi...last ke Bukit Bendera adalah masa rombongan sekolah agaknya. Ntah? Aku pun dah tak ingat lagi sbb terlalu lama dah...

We are here!!!

Info untuk sesapa yang berhajat nak pergi ke sini,..Tambang tiket warga tempatan untuk menaiki keretapi elektrik ke puncak Bukit Bendera ialah:
  • Dewasa – RM8
  • Kanak-kanak – RM4 
Kita kena tunjuk MyKad tau, anak2 pula tunjukkan MyKid je sbg pengesahan yang kita ni warganegara Malaysia..of course harga adalah berbeza dengan warga asing ye...Jika anda adalah pesara kerajaan atau warga emas Malaysia, dapat lagi diskaun separuh harga. So sangatla berbaloi....


 I LOVE MY KIDS!!!
I LOVE MY FAMILY, OF COURSE.......!

~ Izatul Nissa Binti Ab Halim
~ Mohd Yatim bin Abd Karim
~ Mardhiyah Insyirah Binti Mohd Yatim
~ Marissa Izyani Binti Mohd Yatim



Melatih Anak-Anak Berpuasa di bulan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.....


Ramadhan bakal tiba dalam bulan June ini...tak lambat dah kan? 
ADAKAH KITA BERSEDIA MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK INI?

Jawapannya ada pada kalian semua kan? Saya sentiasa berdoa agar kita semua dapat dipertemukan dengan Ramadhan tahun ini....moga Allah panjangkan umur saya dan kalian semua untuk bertemu dengannya. Saya selitkan di sini artikel yang saya perolehi dari laman web JAIS baru2 ini. Moga bermanfaat untuk semua... 



sumber dari google
 
ARTIKEL INI DIAMBIL DARI LAMAN WEB JAIS * JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Latih kanak-kanak berpuasa ikut kemampuan

Sebuah hadis Nabi s.a.w. bermaksud: Diangkat pena itu kerana tiga perkara: Seorang kanak-kanak kecil sehingga dia dewasa, orang yang sedang tidur sehingga terjaga dan orang gila sehingga dia normal kembali. (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

Makna diangkat pena itu ialah mereka tidak ditaklifkan atau dipertanggungjawabkan untuk menunaikan sebarang ibadat. Agama Islam menjaga sifat semula jadi manusia. Kanak-kanak harus dilatih sejak kecil lagi supaya mahir melakukan ibadat dan taat kepada Allah s.w.t..
Rasulullah bersabda yang bermaksud: Suruhlah anak-anakmu mengerjakan sembahyang ketika umur mereka tujuh tahun dan pukullah mereka jika mereka enggan melakukannya ketika umur mereka sepuluh tahun. (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

Puasa juga dikira ibadat dan kewajipan seperti sembahyang. Kita wajib melatih anak-anak menunaikan ibadat ini.
Tahap umur berapakah latihan ini mesti dilakukan? Tidak semestinya semasa umur kanak-kanak itu tujuh tahun kerana puasa lebih susah daripada sembahyang. Terpulanglah kepada kemampuan kanak-kanak tersebut.

Jika bapa atau penjaganya mendapati kanak-kanak itu sudah mampu berpuasa, bolehlah dia melatih anaknya berpuasa beberapa hari pada setiap bulan, setahun demi setahun. Misalnya dalam setahun dia melatihnya berpuasa sebanyak tiga hari, pada tahun yang lain selama seminggu, seterusnya dua minggu dan sehingga sebulan penuh. Apabila dia telah baligh, dan ditaklifkan berpuasa, dia tidak lagi susah untuk mengerjakan puasa kerana sudah biasa dan mahir.

Inilah cara Islam melatih kanak-kanak sejak dari kecil lagi dengan adab-adab Islam dan kewajipan-kewajipannya.
Seorang penyair berkata, maksudnya:
Adab itu bermanfaat semasa kecil, ia tidak memberi faedah lagi ketika telah dewasa.
Dahan yang lembut mudah teguh bila dilentur...
Dan akan menjadi keras (tidak lembut) bila ia telah menjadi kayu.

Ibu bapa dan penjaga hendaklah membiasakan anak-anak mereka, sama ada lelaki atau perempuan, berpuasa dan sembahyang. Sembahyang diajar ketika umur mereka tujuh tahun dan jika enggan bersembahyang pada umur sepuluh tahun mereka hendaklah dipukul.
Puasa pula dilatih ketika mereka mampu melakukannya walaupun umur melebihi tujuh tahun. Penjaga seperti ayahnya boleh menyuruhnya berpuasa.

Petikan dan Sumber:
Dr. Yusuf al-Qardawi, Fatwa Masa kini (Terjemahan 1 & 2), Pustaka Salam Sdn. Bhd..

 
sumber: www.jais.gov.my

Ping.busuk.org

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to MY HEALTH SOLUTION SHOPPE
Designed by UMIESUEstudio 2015