Saturday 25 October 2014

Dinner: Kulat sisir goreng berlada

Salam semua....
Saja ja nak kongsi dinner tadi..nak jadikan cerita...semalam jenjalan kat pasar di Rantau Panjang, Kelantan..tetiba ternampak ada mak cik sorang ni duduk rehat2 sambil pegang plastik penuh dengan kulat sisir..
Apa lagi...trus la tanya harganya...katanya satu plastik yang dah ikat ni hanya rm2..lalu saya pun beli la 2 bungkus plastik disebabkan lama dah tak makan spesis kulat ni..teringin makan mengalahkan ibu mengandung.

Seperti yg kawan2 sedia maklum..kulat sisir ni didapati di kampung2 kan..? Sekarang ni dah takyah cari kat kampung..dah boleh beli ja..terkejut saya bila tanya makcik tu harganya sangatla murah jika dibandingkan dengan yg dijual di pasar malam di sekitar Sg.Petani...memang makanan di Kelantan ni sangatla murah kan? Banyak pulak tu yg dapat dengan harga rm2 tu...

Makanya...tadi ni saya mula la masak kulat ni..simple2 je...sbb lama sgt tak makan. Pecah peluh jugak la makan sbb saya goreng bersama serbuk lada hitam dan hirisan cili padi...hurmmmm...mak mentua lalu belakang pun dah tak sedar dah tau!!!

Resepi masak kulat berlada ni sangat la simple dan mudah dimasak...cepat dan sedap...hahahaha....sesekali kena puji masakan sendiri jugak. Jom tengok apa yang perlu disediakan untuk resepi kali ini..

Bahan tumisan:
1) bawang besar setengah labu - dihiris
2) bawang putih seulas - dihiris
3) cili merah - dihiris
4) ikan bilis sejemput shj
5) lada hitam - 2 sudu (ditumbuk)
6) ubi kentang dihiris kecil2

Bahan utama:
1) kulat sisir - direndam dan dibasuh hungga bersih kemudiannya ditoskan
2) garam secukup rasa

- tumis semua bahan di atas hingga naik bau dan sedikit garing
- Kemudian masukkan kulat sisir ke dalam tumisan tadi hingga kering airnya.
- apabila dah kering dan sedikit garing, masukkan hirisan cili padi untuk menambahkan ummmppphhh...��
- bagi yang tidak suka pedas, boleh kurangkan jumlah hirisan cili atau serbuk lada hitam
- garam dimasukkan untuk secukup rasa..bergantung pada selera masing2.

Taraaaa....siap untuk dihidangkan..

Malam ni dinner kami sekeluarga adalah kulat sisir goreng berlada, singgang ikan, telur dadar dan juga pencuci mulut betik muda dan jambu batu bersama serbuk asam boi....nampak simple ja..tapi makan dengan nasi panas2 pasti terangkat..

Senang dan simple, bukan?

Next menu saya akan try buat masak lemak kulat sisir pulak...so tunggu saya berblog pula untuk resepi akan datang...

Salam sayang....pada yang ingin mencuba..saya alu-alukan mencuba resepi simple ini..Alhamdulillah rezeki yg Allah bagu untuk malam ini.

Jangan lupa telan Lecithin + Omega Guard dan Alfalfa selepas dinner tau....esok kasi clear perut ni sikit..hehehe...

Izatul Nissa
SID 891423
Shaklee tetap di hatiku...

Friday 24 October 2014

Perut kempis dengan Herblax

Salam sayang & salam Maal Hijrah buat semua kenalan blog ini..

Kalo anda nak tahu...untuk kawalan berat badan dan berdiet...HERBLAX SHAKLEE sangat2 lah membantu. Tambahan pulak bg yang mempunyai perut yang buncit dan juga mengempiskan bahagian perut.

Bagi yang sembelit..sangat2 la boleh direkemen untuk mengambil produk ini... Ambil hanya 3bj di waktu malam sebelum tidur, esok paginya hurmmmmm.... alhamdulillah lega perut yang sebu dan meragam dek sembelit yang berhari2 tu (insyaallah....)

Ini adalah antara fungsi Herb-Lax Shaklee:-
✅Menyingkirkan najis yang tersekat.
✅Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
✅Membantu masalah sembelit.
✅Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement)
✅Mengempiskan perut.
✅Menyokong kesihatan usus.
✅Membantu menyahtoksin badan.
✅Herb Lax Shaklee membantu mengurangkan atau memberi rasa kepejalan pada perut.
✅Membantu masalah bau mulut dan bau badan.
✅Mengelakkan kembung perut.
✅Mengembalikan bentuk badan yang diidamkan

Bagi yang berminat untuk mencuba set ini..silalah pm atau wassap saya yer

Izatul Nissa 891423
SID Sungai Petani dan Kulim @ 0125716448

Wednesday 22 October 2014

Atasi loya dan muntah ketika hamil

Salam sayang semua...
Entri kali ni adalah tentang alahan ketika hamil iaitu yg paling utama loya dan muntah2 ketika trimester pertama kehamilan anda.

Bagi yang mengandung anak sulung, pastinya memberikan pengalaman yang sgt mengerikan untuk anda, bukan? Tambah2 pulak apabila temujanji dengan misi klinik kesihatan nanti kena bebel sebab berat makin menurun. Saya penah mengalami keadaan di mana berat badan semakin turun tapi alhamdulillah misi klinik amat memahami. ♡♡♡

Cerita pengalaman kehamilan yang penuh dengan morning sickness ini amatla sgt tidak menyeronokkan. Masuk ja makanan dalam mulut atau terhidu saja bau2 pelik makanan..pastinya akan kluar muntah. Aduhai...ini lah pengalaman menjadi seorang ibu kan? Ada yg best semasa hamil..ada yang tak seperti org lain. Bersyukurlah jika ibu hamil tak mengalami alahan semasa mengandungkan zuriat anda..

Yang pastinya..apa jua alahan anda pada saat ini, jgn biarkan ianya berlarutan. Takut2 ada efek yg tidak bagus terhadap kandungan anda. Kita perlukan gizi yg terbaik dan seimbang sepanjang proses kehamilan. Apa yg saya boleh cadangkan ialah anda cuba lah amik produk ini..namanya Peppermint Gingerplus atau PGP  Shaklee. Saya hanya amik sebiji PGP dan masukkan dalam teh o panas atau suam (boleh juga ganti dengan air suam atau air kosong panas)...

Apabila minumnya..hurmmm.rasa sgt segar dan menyenangkan baunya. Lepas tu...angin mula lah keluar dari badan tau!!! ��������

Jom baca lagi di bawah ini:-

Anda hamil tapi mengalami alahan yang sgt teruk?
☆ LOYA
☆ MUNTAH
☆ MORNING SICKNESS
☆ PERUT SEBU DAN BERANGIN
☆ KETIDAKSELESAAN PERUT

Halia adalah herba yang sangat berkesan untuk menyihatkan saluran pencernaan dan melegakan ketidakselesaan perut secara semula jadi.

Pudina pula adalah herba yang dapat melancarkan sistem pencernaan serta berkesan untuk melegakan dan menyelesakan perut.

Shaklee Peppermint-Ginger Plus bertindak melegakan dan menenangkan perut anda dengan khasiat semula jadi pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis. Tablet boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli.

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat untuk mencuba?
Pm segera untuk dapatkannya..

Izatul Nissa Binti Ab Halim
SID Shaklee area Sungai Petani (891423)
Wassap 0125716448

Tuesday 7 October 2014

IBU MENYUSU DAN POWER PUMPING

Salam....
Teringin nak share topik "Power pumping" ni..Bahan bacaan saya td sangat berguna untuk ibu2 menyusu di luar sana. Jadi, saya ambil kesempatan ini utk share dengan anda2 semua ya....ini adalah intipati bacaan saya td. Jom tambah ilmu....

POWER PUMPING - MEMBANTU MENINGKATKAN PENGHASILAN SUSU IBU

Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu dan secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

A) Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

B) Macam mana nak buat Power Pumping?

**Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri pula 10 minit, tukar pula ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar-tukar setiap 10 minit berterusan selama sejam.

**Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

**Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sangat tinggi pada waktu ini.

C) Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?Mommies jgn ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

D) Bila nak buat Power Pumping?Bila-bila masa & di mana sahaja. Memang digalakkan buat Power Pumping antara waktu tengah malam hingga subuh sebab hormon prolaktin tengah tinggi tetapi tidak menjadi hal jika buat pada waktu lain. Waktu rehat tengah hari di pejabat sambil2 nak solat zohor, nak lunch pun boleh buat. Rehat hari Jumaat kan panjang..haa, time tu pun sesuai sangat nk buat Power Pumping..Tujuan Power Pumping ni untuk create more demand.

E) Jadikan Power Pumping sebagai amalan. Walaupun pada kebiasaannya PP dibuat bila nampak kemeruduman susu, ia juga boleh diamalkan sebagai rutin untuk sentiasa beri ingatan pada otak yang susu sentiasa diperlukan. Seeloknya 3 kali seminggu..kalau seminggu sekali pun ok..

F) Susu saya banyak.. perlu ke Power Pumping?
Ok alhamdulillah susu banyak, tapi sejauh mana kita tahu susu kita akan sentiasa banyak? Bukankah bagus beringat semasa senang supaya agak senang apabila susah. Jadi.. Power Pumping eloklah diamalkan selalu utk pastikan susu sentiasa mencukupi..Beringat sebelum jadi panik bila susu tiba2 merudum..

G) Mana bagus? ..
Pam lama2 atau buat PP sebab bila pam lama susu banyak..Konsep Demand And Supply menekankan kekerapan mengosongkan breast dengan kerap mengepam atau direct feeding, bukan pam lama2. Ingat ye, suction pam dengan hisapan anak adalah berbeza. Jadi adalah lebih bagus buat Power Pumping dan menambah sesi pengepaman dari pam berterusan selama sejam. Rosak tisu breast!!!

Selamat mencuba ya!!!

Credit to Kump. Ibu2 Menyusukan (KIM) & Farah Norbaini

Ping.busuk.org

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to MY HEALTH SOLUTION SHOPPE
Designed by UMIESUEstudio 2015