Wednesday 16 April 2014

Penjagaan Dalaman Wanita ~ Aku dan Cik Vagina

PENJAGAAN BAHAGIAN INTIM WANITA....

Saya ada......
Anda pun ada.....

Heheheheheheh....Jom kita sharing pasai penjagaan organ intim wanita ni....Sangat penting woooooooo......sendiri mau ingat la...Jangan malas-malas ye sayang-sayang semua. Tips yang saya akan kongsi ini mempunyai pelbagai makna dan boleh mencorak kehidupan kita sebagai seorang wanita. Bahagian CIK V ni lah yang dikatakan sangat sensitif dan perlu perhatian rapi dari kita..

Kalo tak jaga dik.....maka jawabnya bau tengik belacan la yang keluar dari situ...boleh jadi juga...tanpa penjagaan atau rawatan yang sesuai..CIK V tu boleh jadi busuk bernanah dan menyebabkan pelbagai penyakit kelamin wanita...Ya Allah, ku mintak jauhkanlah dari semua penyakit itu...Ameen!

~KEPUTIHAN
~CIK V GATAL DAN BERAIR
~CIK V BERNANAH 
~CIK V LUKA DAN MELECET
~CIK V BERBAU BUSUKKKKKK.....


Haaaahhhh...ni la antara masalah wanita yang sering menjadi sebutan. Sebab tu la saya kata ia amat penting sebab bahagian ini lah nadi kehidupan kita tau..


Ikutilah panduan yang dinyatakan di bawah ini.....
  • Setelah Buang air Kecil atau Besar
Cuci bahagian luar alat kelamin dengan air dan sabun. Bagi kaum wanita, siram dengan air dengan arah depan ke belakang dan bukan sebaliknya. Ia mencegah kemasukan kuman dari dubur ke vagina. Untuk lelaki pula, cukup hanya membersihkannya dengan air bersih.
  • Kebersihan pakaian dalam
Ganti seluar dalam sebanyak dua kali sehari untuk menjaga kebersihan. Selain itu pilihlah seluar dalam dari fabrik yang mudah menyerap peluh. Jika tidak kulat boleh menempel pada alat kelamin. Hindari untuk saling bertukar pakai an dalam dengan orang lain termasuklah dengan ahli keluarga sendiri kerana setiap orang memiliki keadaan alat kelamin yang berbeza.
  • Menggunakan tandas awam
Jirus atau Flush tandas sebelum menggunakannya. Ia untuk mencegah penularan jika pengguna sebelum itu adalah penderita penyakit kelamin. Gunakan air yang keluar dari paip dan hindari penggunaan air dari baldi atau takungan kerana menurut kajian air yang bertakung di dalam tandas selalunya mengandungi 70% kulat Candida albicans (penyebab keputihan dan rasa gatal pada vagina).
  • Menjaga rerambut sekitar alat kelamin
Hindari membersihkan rerambut di bahagian kemaluan dengan cara mencabut kerana akan wujud lubang pada bekas bulu kemaluan tersebut dan ia boleh menjadi jalan masuk bakteria, kuman dan kulat. Ia juga turut dapat menimbulkan iritasi dan penyakit kulit.

Disarankan untuk merapikan rerambut ini dengan memendekkannya melalui cara menggunting atau dicukur. Sekiranya ingin di cukur gunakan buih sabun terlebih dahulu dan pasti kan anda menggunakan pencukur cukur khusus yang lembut dan sudah dibersihkan dengan sabun dan air panas. Elak dari menggunakan pencukur yang sudah digunakan.

Bulu-bulu di bahagian ini berfungsi untuk kesihatan alat kelamin. Ia berguna untuk merangsang pertumbuhan bakteria baik yang melawan bakteria jahat serta menghalang kemasukan benda asing kecil ke dalam vagina, menjaga alat kelamin tetap hangat dan melindungi dari gesekan.
  • Pemakaian pantyliner
Pemakaian pantyliner tidak dianjurkan digunakan setiap hari, sebaiknya digunakan ketika keputihan. Adalah lebih baik jika membawa seluar dalam ganti daripada menggunakan pantyliner tiap hari.
  • Hindari seluar ketat
Memakai seluar dalam atau jean yang terlalu ketat di celah kelangkang menyebabkan kulit sukar bernafas dan akhirnya membuatkan bahagian tersebut berpeluh, mudah dijangkiti kulat. Pemakaian seluar ketat bagi lelaki pula akan membuat peredaran darah tidak lancar dan bahagian sulit mereka iaitu penis serta testis dalam keadaan panas. Panas yang berlebihan boleh menurunkan kualiti sperma.
  • Setia pada pasangan sendiri
Ia juga tentunya termasuk dalam salah satu penjagaan alat kelamin. Bertukar pasangan boleh saja menyebabkan berlaku jangkitan penyakit kelamin.
  • Jangan malas mengganti tuala wanita
Bagi wanita yang sedang haid, jangan malas mengganti tuala wanita kerana ke tika menstruasi kuman-kuman mudah untuk masuk dan tuala wanita yang ada gumpalan darah merupakan tempat pembiakan kulat serta bakteria. Ganti setiap empat jam sekali, 23 kali sehari atau apabila sudah berasa tidak selesa. Jangan lupa bersihkan vagina sebelumnya ketika mengganti tuala wanita.


Pemeriksaan rutin
Bagi lelaki, pemeriksaan testis (buah zakar) boleh dilakukan sendiri dengan cara:
  • Kenali ukuran, bentuk serta berat testis
  • Dengan menggunakan kedua belah tangan, sentuh testis
  • Waspada jika ada benjolan kecil di bawah kulit, di bahagian depan atau sepanjang testis. Sekiranya ada benjolan atau pembengkakan, segera berjumpa doktor.
  • Jika terdapat sesuatu yang tidak kena dan anda tidak berasa selesa segera jalani pemeriksaan.
  • Jika ada perubahan warna, kadang disertai bau yang kurang senang dan gatal- gatal pada alat kelamin, segeralah bertemu doktor.
 
 
Sumber : Majalah Kesihatan.
 
 
 
Izatul Nissa
16.04.2014

No comments:

Post a Comment

Ping.busuk.org

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to MY HEALTH SOLUTION SHOPPE
Designed by UMIESUEstudio 2015