Friday, 24 October 2014

Perut kempis dengan Herblax

Salam sayang & salam Maal Hijrah buat semua kenalan blog ini..

Kalo anda nak tahu...untuk kawalan berat badan dan berdiet...HERBLAX SHAKLEE sangat2 lah membantu. Tambahan pulak bg yang mempunyai perut yang buncit dan juga mengempiskan bahagian perut.

Bagi yang sembelit..sangat2 la boleh direkemen untuk mengambil produk ini... Ambil hanya 3bj di waktu malam sebelum tidur, esok paginya hurmmmmm.... alhamdulillah lega perut yang sebu dan meragam dek sembelit yang berhari2 tu (insyaallah....)

Ini adalah antara fungsi Herb-Lax Shaklee:-
✅Menyingkirkan najis yang tersekat.
✅Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
✅Membantu masalah sembelit.
✅Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement)
✅Mengempiskan perut.
✅Menyokong kesihatan usus.
✅Membantu menyahtoksin badan.
✅Herb Lax Shaklee membantu mengurangkan atau memberi rasa kepejalan pada perut.
✅Membantu masalah bau mulut dan bau badan.
✅Mengelakkan kembung perut.
✅Mengembalikan bentuk badan yang diidamkan

Bagi yang berminat untuk mencuba set ini..silalah pm atau wassap saya yer

Izatul Nissa 891423
SID Sungai Petani dan Kulim @ 0125716448

Wednesday, 22 October 2014

Atasi loya dan muntah ketika hamil

Salam sayang semua...
Entri kali ni adalah tentang alahan ketika hamil iaitu yg paling utama loya dan muntah2 ketika trimester pertama kehamilan anda.

Bagi yang mengandung anak sulung, pastinya memberikan pengalaman yang sgt mengerikan untuk anda, bukan? Tambah2 pulak apabila temujanji dengan misi klinik kesihatan nanti kena bebel sebab berat makin menurun. Saya penah mengalami keadaan di mana berat badan semakin turun tapi alhamdulillah misi klinik amat memahami. ♡♡♡

Cerita pengalaman kehamilan yang penuh dengan morning sickness ini amatla sgt tidak menyeronokkan. Masuk ja makanan dalam mulut atau terhidu saja bau2 pelik makanan..pastinya akan kluar muntah. Aduhai...ini lah pengalaman menjadi seorang ibu kan? Ada yg best semasa hamil..ada yang tak seperti org lain. Bersyukurlah jika ibu hamil tak mengalami alahan semasa mengandungkan zuriat anda..

Yang pastinya..apa jua alahan anda pada saat ini, jgn biarkan ianya berlarutan. Takut2 ada efek yg tidak bagus terhadap kandungan anda. Kita perlukan gizi yg terbaik dan seimbang sepanjang proses kehamilan. Apa yg saya boleh cadangkan ialah anda cuba lah amik produk ini..namanya Peppermint Gingerplus atau PGP  Shaklee. Saya hanya amik sebiji PGP dan masukkan dalam teh o panas atau suam (boleh juga ganti dengan air suam atau air kosong panas)...

Apabila minumnya..hurmmm.rasa sgt segar dan menyenangkan baunya. Lepas tu...angin mula lah keluar dari badan tau!!! ��������

Jom baca lagi di bawah ini:-

Anda hamil tapi mengalami alahan yang sgt teruk?
☆ LOYA
☆ MUNTAH
☆ MORNING SICKNESS
☆ PERUT SEBU DAN BERANGIN
☆ KETIDAKSELESAAN PERUT

Halia adalah herba yang sangat berkesan untuk menyihatkan saluran pencernaan dan melegakan ketidakselesaan perut secara semula jadi.

Pudina pula adalah herba yang dapat melancarkan sistem pencernaan serta berkesan untuk melegakan dan menyelesakan perut.

Shaklee Peppermint-Ginger Plus bertindak melegakan dan menenangkan perut anda dengan khasiat semula jadi pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis. Tablet boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli.

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat untuk mencuba?
Pm segera untuk dapatkannya..

Izatul Nissa Binti Ab Halim
SID Shaklee area Sungai Petani (891423)
Wassap 0125716448

Tuesday, 7 October 2014

IBU MENYUSU DAN POWER PUMPING

Salam....
Teringin nak share topik "Power pumping" ni..Bahan bacaan saya td sangat berguna untuk ibu2 menyusu di luar sana. Jadi, saya ambil kesempatan ini utk share dengan anda2 semua ya....ini adalah intipati bacaan saya td. Jom tambah ilmu....

POWER PUMPING - MEMBANTU MENINGKATKAN PENGHASILAN SUSU IBU

Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu dan secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

A) Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

B) Macam mana nak buat Power Pumping?

**Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri pula 10 minit, tukar pula ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar-tukar setiap 10 minit berterusan selama sejam.

**Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

**Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sangat tinggi pada waktu ini.

C) Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?Mommies jgn ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

D) Bila nak buat Power Pumping?Bila-bila masa & di mana sahaja. Memang digalakkan buat Power Pumping antara waktu tengah malam hingga subuh sebab hormon prolaktin tengah tinggi tetapi tidak menjadi hal jika buat pada waktu lain. Waktu rehat tengah hari di pejabat sambil2 nak solat zohor, nak lunch pun boleh buat. Rehat hari Jumaat kan panjang..haa, time tu pun sesuai sangat nk buat Power Pumping..Tujuan Power Pumping ni untuk create more demand.

E) Jadikan Power Pumping sebagai amalan. Walaupun pada kebiasaannya PP dibuat bila nampak kemeruduman susu, ia juga boleh diamalkan sebagai rutin untuk sentiasa beri ingatan pada otak yang susu sentiasa diperlukan. Seeloknya 3 kali seminggu..kalau seminggu sekali pun ok..

F) Susu saya banyak.. perlu ke Power Pumping?
Ok alhamdulillah susu banyak, tapi sejauh mana kita tahu susu kita akan sentiasa banyak? Bukankah bagus beringat semasa senang supaya agak senang apabila susah. Jadi.. Power Pumping eloklah diamalkan selalu utk pastikan susu sentiasa mencukupi..Beringat sebelum jadi panik bila susu tiba2 merudum..

G) Mana bagus? ..
Pam lama2 atau buat PP sebab bila pam lama susu banyak..Konsep Demand And Supply menekankan kekerapan mengosongkan breast dengan kerap mengepam atau direct feeding, bukan pam lama2. Ingat ye, suction pam dengan hisapan anak adalah berbeza. Jadi adalah lebih bagus buat Power Pumping dan menambah sesi pengepaman dari pam berterusan selama sejam. Rosak tisu breast!!!

Selamat mencuba ya!!!

Credit to Kump. Ibu2 Menyusukan (KIM) & Farah Norbaini

Saturday, 2 August 2014

Wanita & GLA: Cantik luar,cantik dalam...

Bismillahirrahmannirrahim.

Pengenalan sedikit tentang EPO @ EVENING PRIMROSE OIL. Saya pasti ramai yang mengetahui khasiat EPO tambah2 lagi untuk wanita. Ada juga yg mengamalkan pelbagai jenis EPO yg ada dalam pasaran sekarang. Cumanya saya ingin berkongsi kebaikan EPO dari keluaran Shaklee ini yang sudah tentunya berbeza dari segi kualitinya. Ia dikenali sebagai GLA Complex Shaklee.

Apa itu EPO?

1)EPO kaya dengan Asid Gamma-linelonik.

2)Asid gamma-linolenik ialah sejenis asid lemak yang kaya dengan manfaat kesihatan. Didapati mampu mengatasi keradangan, asid gamma-linolenik biasanya diperoleh daripada bahan-bahan sumber-sumber semulajadi seperti Minyak evening primrose, minyak biji borage, dan minyak anggur hitam.

3)Di dalam tubuh manusia, asid gamma-linolenik digunakan untuk menghasilkan prostaglandin (hormon seperti bahan-bahan yang membantu untuk mengawal selia sistem imun). Ia diklasifikasikan sebagai asid omega-6 lemak.

4)Asid gamma-linolenik juga digunakan untuk merawat atau mencegah pelbagai masalah kesihatan.

5)GLA Complex terdiri daripada minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Apa kelebihan GLA Complex Shaklee berbanding EPO biasa di pasaran?

♡GLA Shaklee diekstrak dari minyak borage di mana ia mengandungi 2 kali ganda jumlah GLA dan 3 kali ganda lebih berkesan dari EPO biasa.
♡Keunikkan GLA Complex yang digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E meningkatkan lagi penyerapan dan keberkesanannya.
♡EPO biasa hanya mempunyai kepekatan yg rendah.

Zat yang ada pada GLA Complex Shaklee:

1.menguatkan kuku dan rambut
2.menjadikan kulit cantik, sihat dan berseri
3.membantu menangani ekzema
4.membantu melegakan simptom artritis reumatoid
5.menyeimbangkan hormon untuk melancarkan kitaran haid
6.membantu meningkatkan kesuburan dengan cara membentuk persekitaran rahim yang sihat dan optimum untuk persenyawaan dan membantu wanita dalam menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan
7.melegakan simptom PMS
8.membantu mengatasi masalah menopouse
9.menguatkan sistem imun badan
10.memperlahankan proses penuaan
11.mengurangkan blood clot yang mengakibatkan arteri tersumbat dan serangan jantung
12.mengawal kencing manis dan darah tinggi
13.mengawal kolesterol dan membakar lemak
14.membantu fungsi saraf
15.melambatkan proses osteoporosis
16.mencegah pembentukan sel-sel kanser
17.mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
18.membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan.

Banyak bezanya GLA Shaklee ini dengan EPO yang ada di pasaran yang menjadikannya berbeza dan tinggi kualitinya....

Jom rasai sendiri...

Hubungi saya, Izatul Nissa di talian 0125716448 untuk info, konsultasi dan order...

Rasai hebat dengan GLA complex

Bismillah...salam semua!!!♡♡♡
Sembang petang kita hari ni mengenai Hot Product kita iaitu GLA Complex Shaklee. Entri yg lepas saya ada kupas mengenai apa itu GLA dan juga kebaikan2nya pada tubuh badan kita terutamanya wanita. Pasti anda sudah jelas perbezaan EPO di pasaran dan juga GLA Complex ini.

APA ADA DENGAN GLA COMPLEX SHAKLEE

1) Memelihara kesihatan – borage merupakan herba tradisi kegemaran orang Barat.

Fungsi borage :
- merawat ulser
- mengeluarkan virus
- melegakan kelesuan
- membersihkan kahak
- meringankan kebas urat saraf
- meningkatkan stamina

2) Mengawal hormon estrogen dan testosteron.

GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita yang mana prostaglandin ini melegakan simptom PMS (simptom pra-haid) seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan rasa sakit pada payudara.

3) Meningkatkan kesuburan pada wanita

GLA mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama bagi meningkatkan kesuburan.

GLA juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan.

Selain itu, GLA complex membantu tubuh menghasilkan sejenis mukus yang dipanggil ‘cecair kesuburan’ di dalam rahim. ‘Cecair kesuburan’ ini memberi ‘ruang’ untuk telur dan sperma untuk terus hidup hingga 5 hari.

GLA juga memperbetulkan dan memperbaiki keadaan haid yang tidak teratur jika diambil secara konsisten setiap hari.

4) Melambatkan menopause (putus haid)

Memperbaiki keadaan menopaus seperti berpeluh-peluh , insomnia, dada berdebar-debar, ketidakhadaman, depresi dan rasa cepat marah. Pengambilan GLA jangka panjang juga mampu melambatkan proses penuaan, mengetatkan uterus dan menjadikan kulit kelihatan kulit lebih muda.

5) Mencantikkan kulit

Memperbaiki inflamasi kulit seperti ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan, fungus dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis.

6) Mencantikkan rambut

Memperbaiki tekstur rambut, rambut kering dan masalah rambut gugur.

7) Pelangsingan

Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan, memberi tona pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.

8) Menentang kanser

GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imunisasi tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

9) Menghalang komplikasi diabetes

Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh paras gula dalam darah yang tinggi.

8) Menghalang tekanan darah tinggi

Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, mengembangkan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti Arteriosklerosis (pengerasan arteri - dinding arteri menjadi keras dan kurang lentur kerana bahan lemak terkumpul dibawah lapisan sebelah dalam dari dinding arteri) dan myocardial infraction (blood clot - salur darah tersumbat lantas menghalang pengaliran darah pada otot jantung).

9) Memperbaiki masalah prostat dan kerap kencing pada golongan lelaki.

10) Hiperaktif dan austisma (ADD/ADHD)

Terbukti secara klinikal bahawa minyak ikan GLA memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.

Untuk info dan order..
Mai la contact saya, Izatul Nissa
Tel / Whatsapp : 0125716448

Perkhidmatan COD area Sg.Petani dan Kulim...manakala poslaju di seluruh negara yer....

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Sunday, 13 July 2014

Betulkah SHAKLEE support ISRAEL???

Bismillah...
As salam...dan selamat sejahtera semua.

Saya pasti inilah isu hangat dan panas yg sedang dibicarakan oleh semua rakyat Malaysia tambah2 pula pengguna Shaklee di Malaysia. Isu boikot adalah yang paling utama dibincangkan di serata negara. Dengan pemboikotan pelbagai produk yang menyumbang kepada negara Israel..pasti semua sudah maklum. Tambahan pula saya pasti semua teruja untuk membuat jihad kecil dengan turut sama memboikot barangan mereka..turut terkena tempias juga adalah produk McD dan juga Nestle.

Isu boikot ni memang sesuatu yang dipandang serius oleh masyarakat kita apatah lagi sekarang dengan situasi Israel laknatullah menyerang Tanah Gaza terutama anak kecil yang tak berdosa dan kaum wanita turut menjadi mangsa ratahan Israel.

Sebelum kita boikot harus difahami adalah adakah kita perlu boikot semua produk yang asalnya dari yahudi atau US  (dimana ia negara yang menyokong Israel) atau kita mesti boikot mana-mana syarikat yang menyumbang pada Israel. Kena betul-betul fahami antara yang menyumbang dengan tidak. Kita tidak boikot sebarang syarikat melainkan dia menyumbang pada Israel hatta kalau dia adalah syarikat Islam sekalipun jika dia menyumbang pada Israel dan ia berhak diboikot. Isunya boikot pada penyumbang, bukan pada keseluruhan negara yang kita anggap menyumbang.
 
Saya mengambil informasi dari upline saya mengenai topik ini...thanks to Ummu Ziyad dan Wan Fatihanum yang banyak bg penjelasan tentang isu ini. Antara yang kami bincangkan ini saya telah salurkan di sini untuk makluman semua. Di antaranya adalah: 

Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?
Begini, jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatkala itu barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.

Faktanya di sini...sangat terang bahawa: 

Shaklee TIDAK MENYUMBANG kepada Israel.
Isu yang tersebar di laman sosial sekarang ni adalah ada pengedar Shaklee (tertulis Keneseth Israel) di luar negara yang adakan fund khas hasil jualannya untuk menyumbang kepada Israel, itu adalah sepenuhnya SUMBANGAN INDIVIDU. Shaklee LANGSUNG TIADA SHARE dengan Israel laknatullah.
ini yang terdapat dalam website Keneseth Israel, bukan website Shaklee Corporation


Jangan lah cepat melatah, Keneseth Israel ini bukan tuan punya Shaklee dan dia menyumbang pada Israel pun atas sumbangan individu. Bukannya mewakili company Shaklee itu sendiri. Ini adalah fakta bukan auta yer.....

Bonus pengedar semua adalah HAK MUTLAK pengedar tersebut.
Seperti pengedar Shaklee yg beragama Islam yang nak salurkan semua hasil jualan Shaklee mahupun wang bonusnya untuk Palestine, Shaklee tak boleh nak halang.
Akan tetapi, jika sumber atau hasil bonus kita itu disalurkan ke yahudi untuk memerangi Islam barula dikira haram, maka orang ramai boleh boikot pada pengedar tersebut, bukannya pada Shaklee sebabnya tiada penglibatan Shaklee di sini. 

Alhamdulillah, saya sayangkan bumi Palestin. Begitu juga dengan semua umat Islam di dunia ini. Jom sama-sama kita kembangkan ekonomi kita dengan membantu Palestin dengan doa dan juga sumbangan kita dari segi ekonomi Palestin. Allahuakbar!!! Janji Allah itu pasti.....

Pengertian mengenai boikot ini juga boleh didapati dari penerangan Aqsa Syariff tentang boikot FB. 

Anda betul nak boikot?

Credit to Ummu Ziyad dan Wan Fatihanum atas info yang sangat jelas...

Monday, 7 July 2014

Demam Denggi Merbahaya

BISMILLAH...

Hari selasa di bulan Ramadhan yang penuh barakah...moga2 ibadat kita diterima ALLAH.

Mari kenali Punca dan tanda Demam Denggi serta rawatan dan langkah pencegahannya.

Apakah itu Demam Denggi?
Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus denggi( germs flavirines ) yg disebabkan oleh nyamuk aedes betina.
Virus denggi akan berada di dalam badan pesakit selama 3-4 hari ( purata 4 hingga 6 hari ) sebelum menunjukkan tanda tanda pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan tanda lain.

Antara punca Demam Denggi adalah:

1- parit dan longkang di sekitar taman yang dipenuhi sampah, timbunan tanah dan rumput2 panjang. Ini menyebabkan ada air yg bertakung dan boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
2- sikap segelintir penduduk yang mengabaikan aspek kebersihan termasuk membiarkan air bertakung sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dikenali pasti antara punca peningkatan kes denggi

Berikut adalah simptomnya :-
- cirit birit
- demam dan gatal gatal
- sakit bahagian belakang biji mata
- sakit kepala yang teruk
- sakit otot dan sendi yang teruk
- sakit perut
- sakit pingang yg teruk

Denggi pada bayi dan kanak2 yang masih kecil selalunya bermula dengan simptoms2 penyakit virus
- demam
- hidung berair
- batuk
- ruam kulit yg ringan

Kanak2 yg lebih besar selalunya mengalami simptom tipikal sama seperti yang dialami oleh orang dewasa
- demam panas
- sakit di bahagian belakang
- mata dan pada sendi badan
- sakit kepala
- ruam kulit bertompok merah dan putih.
- kurang selera makan
- loya
- muntah
- gatal ditapak kaki
- rasa sgt lemah semasa menghidapi penyakit dan juga lemah selepas sembuh.

Secara klinikal bilangan sel darah pembeku ( platelet ) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah kedalam tisu. Perantara atau ruang ketiga ( throid space loss peritoneum dan sbg nya) sebabnya kapilari darah menjadi rapuh ( capillary fragility ).

Setakat ini tiada rawatan yg spesifik yg membunuh virus denggi ( rawatan demam denggi ).

Rawatan yg diberi adalah untuk menstabil pesakit bergantung kpd keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam ( suhu badan ) dan mengelakkan dari pendarahan berlaku. Rawatan demam denggi berdarah adalah demam yg sgt panas ,kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi.

Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yg sgt panas meningkatkan risiko terjadinya sawan. Oleh itu demam patut dikawal dengan antipirentik. Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dpt dikesan awal.

Kebanyakan nyamuk dan serangga memasuki rumah anda pada waktu fajar dan senja. Jadi pastikan semua tingkap dan pintu telah ditutup ketika waktu itu. Jika anda perlu menggunakan lingkaran elektrik, mat atau pengewap cecair untuk menghalang kemasukkan serangga dan haiwan perosak ke dalam bilik. Pastikan semua ini dimatikan sebelum bayi anda masuk ke bilik.

Langkah pencegahan lain termasuklah:-

- Pakaikan anak anda dengan baju berlengan panjang dan seluar panjang terutamanya apabila dia ketaman atau taman perumahan.
- pakaian berwarna cerah juga adalah lebih baik drpd pakaian berwarna gelap.
- pasang jaringan nyamuk pd tingkap.
- gunakan krim dan penyembur berasaskan minyak serai wangi atau penghalau nyamuk jenis herba.
- bayi yg lebih kecil dan tidak boleh meniarap lagi boleh diletakkan didlm kelambu semasa tidur, penghawa dingin juga blh membantu menghalang nyamuk kerana pintu dan tingkap akan ditutup.

Sumber artikel: ♡♡♡Kementerian Kesihatan Malaysia

Ping.busuk.org

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to MY HEALTH SOLUTION SHOPPE
Designed by UMIESUEstudio 2015