BISMILLAH...
Hari selasa di bulan Ramadhan yang penuh barakah...moga2 ibadat kita diterima ALLAH.
Mari kenali Punca dan tanda Demam Denggi serta rawatan dan langkah pencegahannya.
Apakah itu Demam Denggi?
Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus denggi( germs flavirines ) yg disebabkan oleh nyamuk aedes betina.
Virus denggi akan berada di dalam badan pesakit selama 3-4 hari ( purata 4 hingga 6 hari ) sebelum menunjukkan tanda tanda pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan tanda lain.
Antara punca Demam Denggi adalah:
1- parit dan longkang di sekitar taman yang dipenuhi sampah, timbunan tanah dan rumput2 panjang. Ini menyebabkan ada air yg bertakung dan boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
2- sikap segelintir penduduk yang mengabaikan aspek kebersihan termasuk membiarkan air bertakung sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dikenali pasti antara punca peningkatan kes denggi
Berikut adalah simptomnya :-
- cirit birit
- demam dan gatal gatal
- sakit bahagian belakang biji mata
- sakit kepala yang teruk
- sakit otot dan sendi yang teruk
- sakit perut
- sakit pingang yg teruk
Denggi pada bayi dan kanak2 yang masih kecil selalunya bermula dengan simptoms2 penyakit virus
- demam
- hidung berair
- batuk
- ruam kulit yg ringan
Kanak2 yg lebih besar selalunya mengalami simptom tipikal sama seperti yang dialami oleh orang dewasa
- demam panas
- sakit di bahagian belakang
- mata dan pada sendi badan
- sakit kepala
- ruam kulit bertompok merah dan putih.
- kurang selera makan
- loya
- muntah
- gatal ditapak kaki
- rasa sgt lemah semasa menghidapi penyakit dan juga lemah selepas sembuh.
Secara klinikal bilangan sel darah pembeku ( platelet ) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah kedalam tisu. Perantara atau ruang ketiga ( throid space loss peritoneum dan sbg nya) sebabnya kapilari darah menjadi rapuh ( capillary fragility ).
Setakat ini tiada rawatan yg spesifik yg membunuh virus denggi ( rawatan demam denggi ).
Rawatan yg diberi adalah untuk menstabil pesakit bergantung kpd keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam ( suhu badan ) dan mengelakkan dari pendarahan berlaku. Rawatan demam denggi berdarah adalah demam yg sgt panas ,kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi.
Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yg sgt panas meningkatkan risiko terjadinya sawan. Oleh itu demam patut dikawal dengan antipirentik. Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dpt dikesan awal.
Kebanyakan nyamuk dan serangga memasuki rumah anda pada waktu fajar dan senja. Jadi pastikan semua tingkap dan pintu telah ditutup ketika waktu itu. Jika anda perlu menggunakan lingkaran elektrik, mat atau pengewap cecair untuk menghalang kemasukkan serangga dan haiwan perosak ke dalam bilik. Pastikan semua ini dimatikan sebelum bayi anda masuk ke bilik.
Langkah pencegahan lain termasuklah:-
- Pakaikan anak anda dengan baju berlengan panjang dan seluar panjang terutamanya apabila dia ketaman atau taman perumahan.
- pakaian berwarna cerah juga adalah lebih baik drpd pakaian berwarna gelap.
- pasang jaringan nyamuk pd tingkap.
- gunakan krim dan penyembur berasaskan minyak serai wangi atau penghalau nyamuk jenis herba.
- bayi yg lebih kecil dan tidak boleh meniarap lagi boleh diletakkan didlm kelambu semasa tidur, penghawa dingin juga blh membantu menghalang nyamuk kerana pintu dan tingkap akan ditutup.
Sumber artikel: ♡♡♡Kementerian Kesihatan Malaysia
No comments:
Post a Comment