Salam....
Teringin nak share topik "Power pumping" ni..Bahan bacaan saya td sangat berguna untuk ibu2 menyusu di luar sana. Jadi, saya ambil kesempatan ini utk share dengan anda2 semua ya....ini adalah intipati bacaan saya td. Jom tambah ilmu....
POWER PUMPING - MEMBANTU MENINGKATKAN PENGHASILAN SUSU IBU
Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu dan secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
A) Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.
B) Macam mana nak buat Power Pumping?
**Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri pula 10 minit, tukar pula ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar-tukar setiap 10 minit berterusan selama sejam.
**Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
**Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sangat tinggi pada waktu ini.
C) Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?Mommies jgn ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.
D) Bila nak buat Power Pumping?Bila-bila masa & di mana sahaja. Memang digalakkan buat Power Pumping antara waktu tengah malam hingga subuh sebab hormon prolaktin tengah tinggi tetapi tidak menjadi hal jika buat pada waktu lain. Waktu rehat tengah hari di pejabat sambil2 nak solat zohor, nak lunch pun boleh buat. Rehat hari Jumaat kan panjang..haa, time tu pun sesuai sangat nk buat Power Pumping..Tujuan Power Pumping ni untuk create more demand.
E) Jadikan Power Pumping sebagai amalan. Walaupun pada kebiasaannya PP dibuat bila nampak kemeruduman susu, ia juga boleh diamalkan sebagai rutin untuk sentiasa beri ingatan pada otak yang susu sentiasa diperlukan. Seeloknya 3 kali seminggu..kalau seminggu sekali pun ok..
F) Susu saya banyak.. perlu ke Power Pumping?
Ok alhamdulillah susu banyak, tapi sejauh mana kita tahu susu kita akan sentiasa banyak? Bukankah bagus beringat semasa senang supaya agak senang apabila susah. Jadi.. Power Pumping eloklah diamalkan selalu utk pastikan susu sentiasa mencukupi..Beringat sebelum jadi panik bila susu tiba2 merudum..
G) Mana bagus? ..
Pam lama2 atau buat PP sebab bila pam lama susu banyak..Konsep Demand And Supply menekankan kekerapan mengosongkan breast dengan kerap mengepam atau direct feeding, bukan pam lama2. Ingat ye, suction pam dengan hisapan anak adalah berbeza. Jadi adalah lebih bagus buat Power Pumping dan menambah sesi pengepaman dari pam berterusan selama sejam. Rosak tisu breast!!!
Selamat mencuba ya!!!
Credit to Kump. Ibu2 Menyusukan (KIM) & Farah Norbaini
No comments:
Post a Comment