Monday, 2 June 2014

Cuti-cuti keluarga ke Bukit Bendera 20.05.2014

Bismillah....

Pada cuti yang lepas iaitu pada 20hb May 2014, terasa teringin nk bawak anak-anak jalan2. Ntah kenapa lokasi yang diplih kali ni adalah BUKIT BENDERA @ PENANG HILL di Pulau Pinang.

Saja nak share kat sini padahal bukan melancong ke tempat hebat pun. Sejak 2 menjak ni anakku yang sulung mintak nak naik keretapi..Alahai, mana la mama nak cari? So ganti dengan train Bukit Bendera la nampak gayanya.


Lovely together tau!



Anak2 abah excited sgt!
Sedikit intro pasal Bukit Bendera ni, Bukit bendera atau Penang Hill memang sudah terkenal sebagai salah satu destinasi bersejarah dan boleh dikatakan lagenda di tanahair Malaysia ini. Ketinggiannya mencecah 830 meter di atas pekan Georgetown. Ia merupakan salah satu destinasi popular di kalangan pelancong asing mahupun tempatan. Memang betul, aku naik sini memang nampak 70% adalah di kalangan pelancong asing saja. Maknanya memangla tempat ni adalah satu tarikan pelancong ke bumi Malaysia.

So dengan kata lain, marilah kita melancong di dalam negara sebabnya banyak tempat di Malaysia ini yang sgt cantik dan menarik. Aku cuma teringin bawak anak2 ke negeri Sabah ataupun Sarawak pula kot selepas ni. Insyaallah......

adik dan kakak kata syok naik kuda keras!


Lihatlah anak2 aku sangat gembira di sini...Walaupun hanya 1 jam duduk di atas puncak bukit ni, tapi memang rasa enjoy. Enjoy sebab tak bersesak2 ke sini kerana hari tersebut adalah hari bekerja *weekdays.
Lepas ni jomla melawat sini lagi...last ke Bukit Bendera adalah masa rombongan sekolah agaknya. Ntah? Aku pun dah tak ingat lagi sbb terlalu lama dah...

We are here!!!

Info untuk sesapa yang berhajat nak pergi ke sini,..Tambang tiket warga tempatan untuk menaiki keretapi elektrik ke puncak Bukit Bendera ialah:
  • Dewasa – RM8
  • Kanak-kanak – RM4 
Kita kena tunjuk MyKad tau, anak2 pula tunjukkan MyKid je sbg pengesahan yang kita ni warganegara Malaysia..of course harga adalah berbeza dengan warga asing ye...Jika anda adalah pesara kerajaan atau warga emas Malaysia, dapat lagi diskaun separuh harga. So sangatla berbaloi....


 I LOVE MY KIDS!!!
I LOVE MY FAMILY, OF COURSE.......!

~ Izatul Nissa Binti Ab Halim
~ Mohd Yatim bin Abd Karim
~ Mardhiyah Insyirah Binti Mohd Yatim
~ Marissa Izyani Binti Mohd Yatim



3 comments:

  1. Farah tak pernah p sini lagi kak.. nama ja keja kat penang kan.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Ni kali ke 2 akk pi sana...zaman sek ren dlu masa ketapi pelan ja..

    ReplyDelete

Ping.busuk.org

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to MY HEALTH SOLUTION SHOPPE
Designed by UMIESUEstudio 2015