Berikut disertakan beberapa panduan daripada pandangan dan pengalaman saya untuk anda sebagai wanita 'supermak' yang sangat sibuk dalam urusan kerja dalam masa yang sama tidak mengabaikan penyusuan ibu sama seperti wanita surirumah yang lain...Moga kita semua (termasuk saya) ini dapat beroleh manfaat yang sebaik2nya...
Antara panduannya adalah:
1. Harus Pam susu anda dengan berkala * Jangan culas tau!
Bagi yang berkemampua, anda boleh membeli pam susu yang branded dan berkualiti tinggi. Saya tidak mahu mengesyorkan brand apa....anda seharusnya tentukan berdasarkan bajet anda. Sebab tidak semua orang mampu beli pam susu berharga ribuan ringgit.
Bawaklah pam susu tersebut ke ofis di mana sesetengah ofis menyediakan pantri khas untuk staff. Jika tidak ada, anda boleh ke surau untuk pam susu anda.
Lagi satu, memanglah nampak merimaskan kena bawak ke hulu dan ke hilir, insyaallah pengorbanan anda akan dibayar setimpalnya oleh ALllah....
Bagi yang rasa lebih senang gunakan teknik picitan payudara..atau perahan sendiri *teknik marmet tak salahnya,kan? Amatlah senang sekali...yang penting azam mesti ada tau...Insyaallah jika fikirkan tentang bayi kita sendiri, bayangkan yang indah dan gembira...makanya penghasilan susu akan bertambah baik..
Jangan stress tau....
2. Sediakan dan bawak bersama bekas penyimpan susu.
Mengikut pengalaman saya, saya lebih suka simpan di dalam botol yang boleh digunakan terus untuk bayi. Sesetengah orang pula, mereka lebih suka simpan dalam plastik penyimpan susu yang mana sangat popular sekarang ni. Beg plastik tersebut dapat menjimat ruang penyimpanan dalam peti sejuk anda nanti tau.
Cubalah!!!
3. Beg penyejuk dan juga gel penyejuk.
Penggunaan beg dan gel penyejuk dapat mengekalkan ketahanan susu dengan lebih lama lagi...tapi penyimpanan dalam peti ais adalah lebih lama dan lebih tahan lagi.
4. Bra menyusu
Ianya tidaklah terlalu penting, hanya bila difikirkan perlu sahaja dan bergantung pada bajet anda.
Tips penting membantu proses perahan/pam susu sehinggalah penyimpanan stok susu
- disarankan untuk membuat stok susu sebulan lebih awal sebelum "naik kerja".
- kumpullah stok susu sejak dalam pantang lagi dan ia boleh membuatkan anda terbiasa dengan tabiat ini.Tabiat yang baik ini sangat2 dituntut dalam agama tau....
- SI IBU dinasihatkan untuk menjaga pemakanan untuk mengelakkan anak menyusu tadi tidak terkesan oleh sebab pemakanan kita sbbnya kita adalah apa yang kita makan...maka anak yang menyusu akan turut sama kena tempias jika kita sakit seperti cirit birit, pengambilan ubat-ubatan atau juga herba tradisional. Jagalah pemakanan anda jika anda kasihan anak anda tu ye....kalo kita makan makanan yang berangin, nanti anak akan kembung perut pulak....kesian anak tu kan?
- susu yang disimpan boleh diguna dan selalu di-top up mengikut demand anak. Selalunya susu disimpan dalam deep freezer. Anda adalah ibu..anda tahu bagaiman demand anak anda!!! disebabkan setiap anak adalah berbeza dari segi keperluannya, maka anda kenalah berlatih untuk tetapkan hati mengepam atau merah susu mengikut jadual.
- Pam susu setiap 2-3 jam sekali atau lebih kerap bila dirasakan perlu. tetapi amalkan setiap 2 jam tu wajib perah atau pam susu walaupun hanya mampu keluarkan sedikit sahaja.
- Stok susu tersebut boleh dibawa ke nursery anak anda dan ia dapat menggalakkan anak anda minum hanya susu ibu...Ajari pengasuh anak anda tentang pemberian susu dan cara-cara untuk memberikan stok susu kepada anak anda. Bukan apa, sesetengah pengasuh ni terutama yang tiada latihah khusus mungkin akan sedikit keliru dan tersalah beri..
- stok susu yang diperah atau dipam di ofis hendaklah disimpan dalam keadaan suhu yang sesuai untuk mengelakkan susu tersebut tercemar oleh haba atau keadaan sekeliling.
- Bawa balik perahan susu tadi iaitu ianya disimpan dalam beg penyejuk yang mengandungi gel sejuk atau ais.
- Yang penting si ibu kena rajin sikit dari orang lain...hehehehe.
Yang perlu ditegaskan di sini, suami juga perlu memainkan peranan di sini di mana, emosi si ibu akan menjadi lebih baik dan positif jika mempunyai rangsangan dan kata-kata semangat positif dari suami dan keluarganya sendiri..Elakkan dari bergaduh, bertengkar seterusnya membuat penghasilan susu merudum dengan teruk. Ia amatlah penting untuk terus fikir yang positif,,terutama apabila merenung muka bayi anda yang tidak berdosa itu....Banyangkan anda sedang merenung ahli syurga!!!
Insyaallah tenang sekali bukan? Dalam keadaan menyusu, mainkan lagu-lagu yang tenang dan juga lagu nasyid terutama ZIKIR dan Selawat Nabi kita....
Insyaallah, saya doakan anda semua berjaya dalam menjalani proses penyusuan susu ibu selama 2 tahun walaupun bukan secara esklusif. Besar pahalanya bagi ibu2 yang ada azam dan usaha ini....tambah-tambah ibu yang menpunyai kerjaya di mana masa bersama bayi anda amatlah terbatas.
Tips yang saya beri ini moga memberi manfaat ye...mohon maaf di atas apa jua kekurangan dan panduan dalam penulisan kali ini.
Insyaallah....teruskan usaha anda!!!
Nukilan seorang ibu,
IZATUL NISSA
No comments:
Post a Comment