Wednesday, 14 May 2014

Makanan dan minuman Anak-anak ~ Apa yang kena SEMAK?

Assalamualaikum...salam sejahtera sahabat blog sekalian... 

Cerita petang kita hari ini adalah pasal Makanan dan Minuman segera..Bukan nak membebel...tapi just nak kongsi2 pendapat dengan sahabat2 sekalian.

Hurrmmm...bila semak balik apa yang kita dah telan selama hari ini, takut tak? Bukan takut hantu..tapi takut akan kandungannya yang mungkin memudaratkan diri bahkan pada anak2 dan org2 yang disayangi..betul kan?  Jangan stress..saja nak muhasabah diri ja sebenarnya ni. Dalam tak sedar sebenarnya makanan-makanan yang telah selamat diproses di dalam badan kita ni lah yang menjadi punca-punca kanser.

Makanan juga boleh bersifat karsinogen iaitu ianya menyumbang radikal bebas kepada tubuh yang memusnahkan sel-sel badan dan meningkatkan pelbagai risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis, artritis dan lebih teruk lg iaitu kanser.


Pengambilan daging merah secara sederhana atau jarang adalah lebih baik. Tahukah anda semua bahawa daging merah penyebab kanser usus? takutnya kan??kena kaji balik ni apa bahayanya makan daging merah. Insyaallah nanti saya cuba kupas pasal isu ini pulak.

Gula merupakan punca kepada pelbagai jenis penyakit seperti penyakit mental, perubahan mood, mencetuskan perubahan personaliti, penyakit diabetes, batu karang dan kegemukan ~ gula banyak terdapat dalam minuman segera

Mengambil makanan yang tinggi sodium (bahasa kasarnya~garam) secara berlebihan boleh menyebabkan buah pinggang gagal memproses utk perkumuhan. Makanan ringan juga  mengandungi lemak trans iaitu lemak berbahaya kepada kesihatan meningkatkan paras LDL (kolestrol jahat) dan menurunkan HDL (kolestrol baik) dalam tubuh. Lemak trans merupakan penyebab penyakit jantung koronari dan menyumbat pembuluh darah.

Ada lagi yang kita mungkin tertinggal atau terlepas pandang. 

Apakah itu??

~ AIR GAS @ AIR BERKARBONAT

Saya amat risau bila bawak anak2 makan di restoren makanan segera sebabnya air yang ada kebanyakan air bergas @ berkarbonat. itulah masalahnya, nak order air MILO pulak...dah kena banned..hehehehe... nak order air Oren twister atau air lain2 pun sama la lebih kurang. Gula dalam air pun dah tinggi sgt oiiii..takut mak.
Nasib baiklah, anak2 sampai sekarang sangat TIDAK MAHU dengan air gas ni..syukur alhamdulillah.Ini juga hasil didikan kot, sebab jika kita yang memulakannya dulu pasti anak akan turut jejak kan? SO dari mula lagi, jangan la order air2 begini untuk anak kita. Tak pasai2 pula kena kencing manis di usia masih kecil lagi..boleh jadi ketagih tau. Kasihanilah anak2 kita tu.


~Keropok mengandungi MSG - bahan awet, pewarna, perisa pelbagai...

Susah juga kan? Kita bendung dari rumah, tetapi anak2 di sekolah camna nak pantau kan? Tapi sekurang2nya kita ni sebagai ibubapa yang terbaik cubalah "kurangkan" pembelian keropok2 ni. Saya pun mengakui bahawa part ni memang saya failed juga.heheheh....kesian pula bila merengek2 kan... Yang iklan di TV pun satu hal, makin banyak pulak ditayangkan produk itu ini. Tak terlawan nafsu jugak tu, bukan kata anak2 tapi kita yang dewasa ni pun macam2 nk dicuba kan?

Nasihat untuk diri dan kawan2, sekurangnya kita cubalah kurangkan la makanan/minuman ringan dan tak berkhasiat ini untuk anak2 termasuk kita sekali.hehehe..bukan apa, banyak keburukan dari satu kebaikan nampak gayanya.

Ya Allah, kuatkan iman aku ni dalam mengajar anak2 erti kesihatan dan kehidupan.
 

Jom bagi anda anda dengan Mealshakes....

Multivitamin ini sangat bagus untuk kanak2 dan juga dewasa. 
Dari dok merapu bagi macam2...meh sini bagi mealshakes...OmegaGuard dan Vit C Chewable...pasti anak2 sihat dan ceria...

Bagi yang nk order atau nak merisik kabar set Kanak2 ini, meh la telefon atau Whatsapp saya. Saya merupakan Pengedar sah Shaklee di Sungai Petani tau!

~ IZATUL NISSA
~ ID: 891423
~ COD Sg.Petani /Kulim/Padang Serai
~ 012-5716448 * whatsapp / wechat/ viber
~ POSLAJU seluruh Malaysia


No comments:

Post a Comment

Ping.busuk.org

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to MY HEALTH SOLUTION SHOPPE
Designed by UMIESUEstudio 2015